Pages

Selasa, 21 Mei 2013

Pernah rasa penat lelah abah kita bekerja? Ana pernah :')



 Assalamualaikum warrahmatullahi taala hiwabarokatuh :")
IBTISAMNA!-SENYUM!

Semoga pertemuan dalam coretan ini dirahmati, diberkati Allah. Insyaallah.
Ana nak tanyalah. Antum dan antunna tahu tak ABAH antum dan antunna kerja apa? Senang tak kerja tu?
Diorang kerja full time tak?

"Alah, abah saya kerja buruh je. Bawak kren. Angkat pasir. Senang je kot!"
"Kerja kerani je kat pejabat sekolah. Itu pun separuh hari je."
"Petani je. gaji ciput nuhaa"


Mungkin ada yang jawab begitu atau begini. Bersyukur tak kita Abah kita kerja itu, ini?
Bersyukur tak kita ayah kita gaji banyak tu dan banyak ni? Bersyukur tak kita dapat Abi yang sanggup kerja tak kira waktu? Paling penting, bersyukur tak kita Allah bagi kita ABAH, AYAH, PAPA, DADDY(ATAU APA-APA) yang sanggup berkorban, mandi peluh, letih, hanya untuk membesarkan kita? Anak mereka...



Iyalahh, dibibir kita mudahlah kita meremehkan kerja mereka. "Alah, kerja senang je. kerja tak seberapa"
Macam mana kita tahu kerja tu senang sedangkan kita belum pernah lakukan. Pernah rasa apa mereka rasa? Tak? kalau tak kenapa remehkan jasa mereka?


Nak baca cerita tak? Penuh pengajaran dan penyesalan pada ana. Insyaallah, kita mula...
Bismillah...


 Begini kisahnya, dekat satu kampung ni nama dia bukit katil. Terletaknya di melaka. Didalam kampung tu ada kawasan agak terpencil, jauh dari bandar, mungkin?  Petang sabtu yang sunyi itu penuh damai. Di kawasan terpencil tu ada sebuah madrasah nama dia Darul Ulum(tempat ana belajar). Petang sabtu tu, kami(penuntut2 ilmu agama) diarahkan oleh ustazah untuk keluar madrasah, madrasah kami agak tersorok. Terletak di belakang kilang perabot. Jadi, apa aktiviti kami buat. Orang luar susah nampak.
Petang tu, ustazah suruh kami ambil timba. Seorang 1 timba, kecuali penuntut2 kecil. Mereka disuruh beratur dari kilang. Agak panjang barisan mereka. 

Kami yang 'KAKAK KAKAK ni tahu kena buat apa? 
Ni yang seronok nak bagitahu... Hari ni pekerja yang sepatutnya kena buat kerja tu cuti. Jadi, ustazah arahkan kami jadi pengganti nya. Excited kemain lah. 6 orang KAKAK KAKAK dah siap pegang cangkul dan benda2 pengorek yang lain(taktahu apa nama benda tu).
Yang guna cangkul tu, diorang kena pecah pecahkan tanah pastu dia' jadi macam pasir pasir. Jadi, ana dan beberapa orang lagi yang pegang penyodok' kena 'angkut' pasir pasir&batu batu tu masuk dalam timba. Lepastu, kami kena angkat timba tu bawak keluar dari kilang. 
Berat macam gajah*konon*. Tapi, memang berat lah en. Dah setengah jam kami buat kerja tu, ulang alik ulang alik. Penat. Letih. Masa tu baju dah basah dengan peluh. Muka kami dah macam muka pelarian, pasir tacap kat hidung, pipi, kepala, baju. KOTOR. Hehe.
Tengah syok angkat pasir&batu yang berat sangat tu sambil ketawa dengan kawan tiba tiba
"HAFIZAH NAIMAH BINTI AHMAD KAMAL FIRDAUS!" -agak bangga ustazah panggil ana dengan nama penuh. Alahai...


"Hafizah, enti mencangkul pulak. Tukar kerja eh?"- arahan ustazah
"Arahan diterima, ustazah!"- poyo sikit mcm nak pergi perang.


Jujurnya, rasa lelah gila mencangkul tanah tu. Penat. Dah 40 minit kerja, tak dapat air lagi. Haus. tapi, seronok sangat kerja tu. Kami bajet gagah je kononnya. Rasa macam "wow. taksangka dapat buat kerja berat. Tapi, letih+lenguh+penat dan apa + apa +apa.... 



Panas yang amat masa tu, peluh tak sempat kering, keluar peluh lagi. Ada yang dah tak larat sampai tak boleh gerakkan kaki. Tangan merah merah,pedih sebab angkat benda berat. Ada yang sakit perut bahagian rahim, katanya rasa macam rahim jatuh. Masa tu kami dah takut dah. Cepat cepat bawa dia masuk madrasah, beri rawatan segera. Iyelah, perempuan kan. Tenaga kami tak cukup kuat nak buat kerja berat berat. Baiklah, kaki ana cedera masa mencangkul. Tapi, sebab nak 'main cangkul' punya pasal sanggup teruskan. Jalan terencut encut pun buat kerja jugak. Best lah wehh main korek tanah. Gali gali gali gali dan gali lagi, tiba tiba dengan izin allah ana terpandang seorang Kakak ni. Dia menangis. Berlinang airmata. Dia sedar ana nampak dia menangis, dia cepat kesat airmata dan teruskan kerja dia(gali tanah). 

Ana datang dekat dengan dia "Ukhti, kenapa nangis?ceritalah" pura pura caring.
Kakak tu pandang ana, berhenti mencangkul. "Ana menyesal lah enti."
"Kenapa pulak menyesal? sebab apa?" ana nak tahu lebih.

"Dulu, masa arwah ayah ada lagi ana selalu perlekeh kerja dia. Dia kerja macam kerja yang kita buat sekarang ni. Ana selalu lawan cakap dia. Arwah ayah ana selalu ingatkan ana

 ''Kak long.. ayah kerja penat penat nak besarkan kak long. Kaklong belajar lah rajin rajin. jangan buat masalah dekat sekolah, nanti belajar tak tenang. Ayah tak suka kaklong nakal dekat sekolah. Ponteng sekolah, lawan cikgu. Belajar lah rajin rajin, nanti dah besar boleh dapat kerja bagus bagus. hidup pun senang.'' 

Tapi, ana selalu lawan balik cakap ayah, ana kata pada dia 

"Alah, ayah pun kerja tak seberapa. Bawak pasir je, apelah sangat. Pastu ayah nak suruh kitorang belajar rajin rajin. Duit belanja sekolah pun bagi tak cukup! macam mana kaklong nak belajar? Yuran sekolah pun tangguh tangguh bayar. Malu lah ayah...ayah pulak asyik sakit sakit badan lepastu tak kerja. Baru angkat pasir dan lenguh sana sini. Asyik mc je, dah tu bos potong gaji"

ana tahu ayah terguris sangat sangat dengan apa yang ana cakap tu. Sebab dia terdiam lama. Esoknya ayah sakit... lama ayah sakit. 3 minggu lepas tu ayah meninggalkan kami sekeluarga.
Ana sedih sebab tak sempat minta ampun pada ayah. Sekarang ana rasa apa yang arwah ayah rasa. Penatnya...Allah bagi ana rasa apa yang ayah rasa. Ana menyesal sangat. Ana tak bersyukur dapat ayah yang sanggup kerja berat berat nak besarkan kami adik beradik. Macam mana agaknya ana nak tebus balik dosa ana pada arwah ayah?" kakak tu menangis lagi. 
Ana pun dah nak menangis, sebab satu masa dulu ana pernah merungut dekat mama tentang pekerjaan abah. Menyesal...tapi, ana belum terlambat. 

Ana harap kisah tadi dapat bagi pengajaran buat antum dan antunna sekalian. Kenang balik jasa ABAH, AYAH, DADDY, PAPA, ABI, WALID anda. Jangan bila mereka sudah tiada baru kita menyesal.

Masa kita baru keluar dari perut ibu, siapa yang azankan? dengan izin allah ABAH juga yang azankan...
Masa kita bayi, siapa yang tanggung susu,nestum,lampin kita? dengan izin allah, AYAH juga yang tanggung...
Masa kita bersekolah tadika, petang petang kita main buaian dekat taman, siapa yang hayunkan buaian? PAPA yang tolong hayunkan....
Masa kita dah sekolah rendah, siapa tanggung yuran sekolah,pakaian, kasut, beg,peralatan sekolah, buku tulis kita? Insyaallah ABI juga yang tanggung...





Kita dah makin membesar dan matang, kenapa kita lupa jasa mereka? Jasa para bapa...
Kenapa?Mengapa? dan bagaimana kita boleh lupa? Insaflah....Hargai mereka semasa ADA.
Hilangnya mereka tiada yang ganti.


Semoga tulisan ikhlas yang datang dari hati akan jatuh ke hati, Insyaallah 


  HafizahNaimah.

 

Jumaat, 17 Mei 2013

Dirindui tapi kita tidak peduli

Cepat tadah tangan, dan jangan lupa aminkan tau tau!

Bismillahhirohmanirrahim, segala puji bagi Allah. Kami mohon pertolonganNya dan memohon ampun kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami sendiri dan keburukan serta kecacatan amal kami. Sesiapa yang diberi petunjuk Allah maka tiada sesiapapun dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi tiada Tuhan selain Allah, kami mengEsakanNya dan tidak mempersekutukanNya. Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu rasul Allah. Ya allah, sampaikan selawat kami kepada Nabi Muhammad, salam dan kebaikan keatas nabi muhammad, keluarga serta sahabatnya

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh, salam rejab. Pada hari baik ini(Jumaat) dan bulan mohon keampunan. Dah zikir? dah istighfar? Insyaallah, di bulan baik ini jika kita zahirkan memohon keampunan dengan bersungguh sungguh Insyaallah Dia akan ampunkan. Doa banyak banyak dekat allah minta hidayah dan taufiqNya. Khidmat banyak banyak. Ikhlas. Amalkan zikir selalu :))
Insyaallah, pada catatan kali ni... Ana akan 'serikan' dengan sebuah kisah yang mungkin akan menyentuh hati kalian. Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah. dan Insyaallah.

Suatu hari semasa ana di madrasah. Seperti biasa mengikut jadual yang istiqamah, tepat jam 9:50 malam, dengan pelajar seramai 62 orang. Kami akan bentuk 3 buah kumpulan. Tahu apa kami buat?
Kami buat majlis taklim(yang paling ana suka) banyak manfaat duduk dalam majlis taklim ni. Antaranya::

 Nama kita dan nama kedua ibu bapa kita akan disebut dalam majlis para malaikat.
 Seumpama duduk didalam taman taman syurga(weee)
 Didepan,belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita yang hanya ada ialah keberkatan.

Kami buat bulatan, ditengah tengah kami ada seorang kakak yang akan menceritakan/membacakan kisah kisah para sahabat atau kisah kisah yg bermanfaat. Adab dalam majlis ni, kena duduk rapat rapat sebagaimana nabi dan para sahabat duduk dibawah sebuah pohon sehingga daun daun yang gugur tidak jatuh di atas tanah tetapi jatuh di atas riba mereka. Subhanallah, boleh bayang macam mana rapat? Sebab apa kena duduk rapat rapat? -Supaya rahmat allah tidak jatuh ke tanah/lantai tapi jatuh atas badan kita.
Al-kisah, majlis taklim pun bermula. Bibir kakak ni pun mula bersuara'....
"Ana nak ceritakan satu kisah, nak dengar tak?"*senyum*(cuba ambil perhatian kanak kanak)
siapa nak dengar angkat tangan! Janganlah ngantok lagi. tak bestlah, esok kan hari sabtu. Ngantuklah lambat sikit. Ibtisamna!('senyumlah' dalam bahasa Arab). Sunyi tadi dipecahkan dengan sikit gelak tawa kecil...


Suatu hari, Rasulullah berkumpul bersama sama para sahabat baginda. Baginda bertanya kepada sahabatnya "Wahai sahabatku, tahukah kamu siapakah dia yang mempunyai Iman yang ajaib?"

Para sahabat baginda terdiam seketika dan salah seorang dari mereka berkata "Para malaikat, ya rasulullah". Baginda menjawab "bukankah para malaikat sememangnya dicipta untuk sujud dan taat kepada Allah?" baginda menafikan jawapan sahabatnya.

"Mungkin para nabi,Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Para nabi dicipta sememangnya untuk menerima wahyu dan menyampaikan nya" jawab baginda menafikannya lagi...


"Mungkin kami Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Kamu lahir dan hidup bersama denganku,kamu melihat dan melakukan apa yang aku lakukan" jawab baginda menafikannya lagi.

"Ya rasulullah...siapakah gerangan yang memiliki iman yang ajaib itu? sungguh, kami benar benar ingin mengetahuinya" kata para sahabat lagi. 

"Mereka yang paling ajaib imannya ialah umatku yang hidup sesudah aku. Mereka beriman kepadaku,mereka mengamalkan sunnahku, mereka mencintaiku tetapi mereka tidak pernah melihatku. Mereka juga membaca dan mengamalkan isi kitabku(Alquran)."  
Rasulullah terdiam sejenak
dan menyambung kata lagi.....

"aku amat merindui umatku, aku ingin melihat mereka...."



...............Terasa dingin menegakkan bulu roma semasa telinga ana mendengar kata kata terakhir itu.....
Siapa umat baginda? KITA. ya. Kitalah...umat baginda. Taknak ke iman ajaib? tak dinafikan lagi ana dan beberapa orang teman menitis airmata, tak kurang yang tersenyum :'))
Di saat saat terakhir nafas baginda, baginda masih mengiasi bibirnya dengan menyebut 'ummati...ummati...'
~umatku....~umatku... Ana tak mahu hentikan lamunan masa tu. Terasa roh melayang.

Ya Allah, semoga dengan kisah ini dapat menyedarkan diantara mereka yang masih belum menyedari kasih sayang kekasihMu terhadap kami. Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih terhadapMu, terhadap RasulMu Ya Rahim....

Kita dirindu Allah, dirindu Rasul, dirindu ibu bapa...Tetapi, dimana rindu kita ketika itu?
Mana? yang tidak halal.
Astaghfirullah...sedarlah wahai hati. Tiada yang lebih bernilai dari itu....

Ya allah..., ampunkan aku sekiranya aku sering terlupa akan diriMu, sering terlupa akan RasulMu. Aku memang sentiasa menzalimi diri sendiri. Ampunkan aku Ya allah. Ya Rabbi, ingatkanlah aku agar aku mengingatiMu.. .

Khamis, 14 Februari 2013

"Ayah kami harimau jadian..."


Tiada sesiapa gemar duduk disebelahnya.
Wajahnya tidak bengis tetapi perwatakan yang dibawanya cukup berbeza. Sekiranya diceritakan kepada orang, belum tentu dipercaya. Bagaimana seorang lelaki dapat berbeza karakter didalam dan diluar rumah?

Di rumah dia adalah seorang ayah yang digeruni anak anak. Di luar rumah dia disenangi rakan2 kerana sikap ramahnya. Aneh bukan? Tetapi itulah ayah…
Pernah jiran di sebelah rumah datang menziarah. Kediamannya adalah rumah pangsa 4 tingkat. Mereka menetap hanya sementara waktu. Rumah pangsa itu hanya ada 8 blok.

Tidak ada yang bergelar bujang melainkan yang berkeluarga. Itu adalah peraturan bagi menetap di rumah pangsa kakitangan kerajaan.
Pada suatu hari, ayah diziarahi jiran sebelah rumah.Jiran selalu berasa aneh dengan keadaan rumah ayah.

Bertanya jiran kepada ayah “di mana anak anak kamu?” Jawab ayah “Mereka ada. Tidak kemana mana pun”
Jiran melihat di ruang tamu,menjeling ke meja makan, dan memerhati laluan ke bilik.Tidak adaseorang anak pun yang dimaksudkan ayah.


Anak anak ayah ada di rumah. Cuma mereka tidak bermain diruang tamu, duduk menonton televisyen, ataupun berada di dapur mencari makanan bagi mengalas perut pada waktu petang.Semuanya berada di satu tempat, iaitu dibilik mereka.
Anak yang sulung merungut “Ayah garang,apabila kita mahu meminta sesuatu, pasti mata tajamnya akan melihat kita.Sehinggakan kami rasa apa yg kita mahu seperti salah untuk kita memintanya”

Rungutan anak sulung disokong oleh anak kedua “Betul kata kamu. Bayangkan,kerana 1 mata pelajaran sahaja yang corot dalam ujian, ditariknya bauk sampai merah kulit”. Sambil menggosok gosok bulu yg tumbuh pada pipi di hadapan telinganya.

Si bongsu mengingati cubitan dan rotan si ayah apabila gelas yg dibawanya terketuk di didinding yang memisahkan ruang meja makan dan dapur.Gelas itu jadi sumbing dan tidak dapat digunakan lagi.

Kemudian si bongsu bercerita, “Ayah marah melihat gelas yg sumbing itu. Terus sahaja ayah datang dan mencubit lengan berkali kali.Gelas yang sumbing itu terlepas dari tangan kerana menahan cubitan ayah.Bertambah pula marah ayah pada saya”.
Ketiga tiga beradik ini buntu memikirkan mengapa sikap ayah begitu. Mereka takut setiap satu perkara yang dilakukan mendatangkan amarah ayah lagi. Lebih baik mereka menjauhkan diri. Masing2 mendiamkan diri sahaja dan tidak berbual dengan ayah.

“Ayah kawan2 kita tidak bersikap begitu. Mudah diajak berbual dan ketawa. Berbeza dibandingkan dengan ayah kita” Anak sulung mengeluh mngenangkan ruginya mempunyai ayah seperti sekarang.

Bertahun tahun mereka hidup dalam ketakutan. Takut berbuat kesalahan. Mereka menginjak dewasa dengan perasaan kpd ayah yg berbeza. Ketakutan semasa kecil menjadi sikap tidak peduli ketika dewasa. Tidak peduli bertukar m’jadi kejauhan yg menjadikan mereka selesa berdikari sendiri.

Anak sulung sudah bekerja dan sudah berumahtangga.Manakala 2 lagi belum berkahwin. Seminggu sekali anak sulung akan pulang ke rumah. Tidak peduli itu tidaklah b’maksud tidak bertanya khabar kepada keluarga. Tidak peduli pada ketiga beradik itu adalah kurang bercerita perihal diri mereka kepada ayah di rumah. Melainkan dengan ibu,rancak mereka berbual mesra.

Malam bulan Disember pada satu tahun, 3 beradik masing masing mendapat berita ayah yang garang sudah tidak garang lagi. Kegarangan ayah hanya akan menjadi cerita berbual sesama mereka. Ayah sudah tidak ada lagi.

Malam itu, mereka bersama ibu di beranda rumah. Suasana rumah berlima sudah jadi berempat. Anak yang sulung menggosok gosok belakang tubuh ibu supaya ibu menenangkan diri. Dia cuba bergurau “Ayah dahulu orangnya pun sunyi sahaja, kurang bercakap.Sama sahaja, kan?”
Ibu menggeleng.

Anak kedua berasa hairan. “Ayah rancak bercakap?Tidak pernah pun kami berbual dengan ayah. Apa yg saya tahu, perkataan paling kerap kami sebut adalah meminta tandatangan kad keputusan peperiksaan”

Si bongsu mengangguk, “Ayah, ini kad laporan ujian. Cikgu mahukan tandatangan penjaga.. Ayah, minggu ini perlu selesaikan yuran semester. Ayah…” Satu persatu ayat yang pernah disebut kepada ayah diulang kembali.

Anak sulung memandang ibunya, lama benar dia mahu bertanya “Mengapa ayah begitu garang kepada anak2 nya sendiri? Ayah orang lain kelihatan lebih mesra dengan anak anak?”

“Ayah kamu harimau jadiankah? Itu soalan yg diajukan rakan sekelas saya apabila saya pernah dimarahi oleh ayah kerana lambat keluar kereta”. Kata sibongsu mengingati kembali peristiwa itu. 

Ibu mendiamkan diri,menolak ke tepi naskhah akhbar dan gelas kosong di atas meja. Anak2 yang lain membiarkan ibu menarik nafas panjang dan perlahan lahan menghembusnya.

Kata ibu, “Kerana sayang ayah jadi begitu kepada kamu semua”

Anak kedua menggelengkan kepala dan bersandar pada kerusi, diinjak sedikit kerusi supaya ada ruang selesa, “Bukankan kasih sayang itu berlembut dengan anak anak?”
Ibu sudah semakin tenang..dan melihat anak anaknya. “Pernahkah kamu semua melihat kerinduan yang tidak pernah reda apa bila kematian tiba?”


Tiga beradik melihat sesama mereka,mencari jawapan melalui renungan mereka. Hampir tidak ada sehinggalah salah seorang bersuara...
“Saya teringat ada seorang rakan sekolah yg menjadi aneh selepas ayahnya disahkan meninggal dunia kerana menghidap barah pancreas. Dia adalah ketua kelas yg sangat ramah. Setiap pagi ayahnya akan menhantarkan betul2 dihadapan pintu hadapan sekolah. Apabila pulang dari sekolah,ayahnya suka menggosok gosok kepalanya dan mencium dahinya, Saya cemburu”.
Si bongsu mengeluarkan ceritanya.

Ibu menyambung kata, dia memandang anak yg bongsu, “Ayah rakan kamu itu mempamerkan kasih sayangnya melalui caranya dan ayah kamu mempamerkan kasih sayang dengan caranya”

           “Maksudnya?” Anak sulung sudah teruja dan tertanya tanya mencari jawapan..
“Seawal perkahwinan, ketika kamu yang sulung berusia 3 tahun ayah menemani kamu bermain. Ayah kemudian berkata kepada ibu, betapa dia bimbang pergi dalam keadaan anak anak meronta sedih kerana kasih sayang yang menjadikan rasa tidak rela mengikat hati anak anaknya”. Jawab ibu dengan matanya melihat kerusi malas kegemaran ayah. 

“Sehinggalah usia kamu 7 tahun. Ayah mula bersikap tegas sehingga tersembunyi kasih sayangnya kepada kamu. Sedangkan sebelum itu dia masih menjadi rakan sepermainan kamu.”

“Ayah berbuat begitu supaya kita tidak terlalu meratapi pemergiannya. Harapan ayah apabila dia tegas,garang dan senyap sikapnya, anak anaknya menjadi biasa dengan pemergiannya yang sunyi kelak kerana itulah bayangan yg mahu diberi ketika dia ada,” Kata anak sulung..

Tiga beradik melihat kerusi malas yang mengikat pandangan ibu. Di sudut itu, kerusi tidak bergerak seperti dahulu, bayangan ayah seakan jelas muncul disitu. Kegarangan ayah adalah tinggalan kasih sayang kepada mereka. Hanya apabila difahami, barulah sikap itu member erti kepada mereka   


Sisi lain yang ditonjolkan oleh orang yang kita kasihi adakalanya menjadikan kita tidak selesa, marah, geram dan berpendapat dia tidak sepatutnya begitu. Mungkin itulah persediaan daripada dirinya kepada kita apabila sudah mula berjauhan.

-Kasih sayang yang dipamerkan melalui kebencian menjadikan ia kasih yang diingati. Semoga dirimu dapat mengingati dan diingati  :")