Pages

Khamis, 14 Februari 2013

"Ayah kami harimau jadian..."


Tiada sesiapa gemar duduk disebelahnya.
Wajahnya tidak bengis tetapi perwatakan yang dibawanya cukup berbeza. Sekiranya diceritakan kepada orang, belum tentu dipercaya. Bagaimana seorang lelaki dapat berbeza karakter didalam dan diluar rumah?

Di rumah dia adalah seorang ayah yang digeruni anak anak. Di luar rumah dia disenangi rakan2 kerana sikap ramahnya. Aneh bukan? Tetapi itulah ayah…
Pernah jiran di sebelah rumah datang menziarah. Kediamannya adalah rumah pangsa 4 tingkat. Mereka menetap hanya sementara waktu. Rumah pangsa itu hanya ada 8 blok.

Tidak ada yang bergelar bujang melainkan yang berkeluarga. Itu adalah peraturan bagi menetap di rumah pangsa kakitangan kerajaan.
Pada suatu hari, ayah diziarahi jiran sebelah rumah.Jiran selalu berasa aneh dengan keadaan rumah ayah.

Bertanya jiran kepada ayah “di mana anak anak kamu?” Jawab ayah “Mereka ada. Tidak kemana mana pun”
Jiran melihat di ruang tamu,menjeling ke meja makan, dan memerhati laluan ke bilik.Tidak adaseorang anak pun yang dimaksudkan ayah.


Anak anak ayah ada di rumah. Cuma mereka tidak bermain diruang tamu, duduk menonton televisyen, ataupun berada di dapur mencari makanan bagi mengalas perut pada waktu petang.Semuanya berada di satu tempat, iaitu dibilik mereka.
Anak yang sulung merungut “Ayah garang,apabila kita mahu meminta sesuatu, pasti mata tajamnya akan melihat kita.Sehinggakan kami rasa apa yg kita mahu seperti salah untuk kita memintanya”

Rungutan anak sulung disokong oleh anak kedua “Betul kata kamu. Bayangkan,kerana 1 mata pelajaran sahaja yang corot dalam ujian, ditariknya bauk sampai merah kulit”. Sambil menggosok gosok bulu yg tumbuh pada pipi di hadapan telinganya.

Si bongsu mengingati cubitan dan rotan si ayah apabila gelas yg dibawanya terketuk di didinding yang memisahkan ruang meja makan dan dapur.Gelas itu jadi sumbing dan tidak dapat digunakan lagi.

Kemudian si bongsu bercerita, “Ayah marah melihat gelas yg sumbing itu. Terus sahaja ayah datang dan mencubit lengan berkali kali.Gelas yang sumbing itu terlepas dari tangan kerana menahan cubitan ayah.Bertambah pula marah ayah pada saya”.
Ketiga tiga beradik ini buntu memikirkan mengapa sikap ayah begitu. Mereka takut setiap satu perkara yang dilakukan mendatangkan amarah ayah lagi. Lebih baik mereka menjauhkan diri. Masing2 mendiamkan diri sahaja dan tidak berbual dengan ayah.

“Ayah kawan2 kita tidak bersikap begitu. Mudah diajak berbual dan ketawa. Berbeza dibandingkan dengan ayah kita” Anak sulung mengeluh mngenangkan ruginya mempunyai ayah seperti sekarang.

Bertahun tahun mereka hidup dalam ketakutan. Takut berbuat kesalahan. Mereka menginjak dewasa dengan perasaan kpd ayah yg berbeza. Ketakutan semasa kecil menjadi sikap tidak peduli ketika dewasa. Tidak peduli bertukar m’jadi kejauhan yg menjadikan mereka selesa berdikari sendiri.

Anak sulung sudah bekerja dan sudah berumahtangga.Manakala 2 lagi belum berkahwin. Seminggu sekali anak sulung akan pulang ke rumah. Tidak peduli itu tidaklah b’maksud tidak bertanya khabar kepada keluarga. Tidak peduli pada ketiga beradik itu adalah kurang bercerita perihal diri mereka kepada ayah di rumah. Melainkan dengan ibu,rancak mereka berbual mesra.

Malam bulan Disember pada satu tahun, 3 beradik masing masing mendapat berita ayah yang garang sudah tidak garang lagi. Kegarangan ayah hanya akan menjadi cerita berbual sesama mereka. Ayah sudah tidak ada lagi.

Malam itu, mereka bersama ibu di beranda rumah. Suasana rumah berlima sudah jadi berempat. Anak yang sulung menggosok gosok belakang tubuh ibu supaya ibu menenangkan diri. Dia cuba bergurau “Ayah dahulu orangnya pun sunyi sahaja, kurang bercakap.Sama sahaja, kan?”
Ibu menggeleng.

Anak kedua berasa hairan. “Ayah rancak bercakap?Tidak pernah pun kami berbual dengan ayah. Apa yg saya tahu, perkataan paling kerap kami sebut adalah meminta tandatangan kad keputusan peperiksaan”

Si bongsu mengangguk, “Ayah, ini kad laporan ujian. Cikgu mahukan tandatangan penjaga.. Ayah, minggu ini perlu selesaikan yuran semester. Ayah…” Satu persatu ayat yang pernah disebut kepada ayah diulang kembali.

Anak sulung memandang ibunya, lama benar dia mahu bertanya “Mengapa ayah begitu garang kepada anak2 nya sendiri? Ayah orang lain kelihatan lebih mesra dengan anak anak?”

“Ayah kamu harimau jadiankah? Itu soalan yg diajukan rakan sekelas saya apabila saya pernah dimarahi oleh ayah kerana lambat keluar kereta”. Kata sibongsu mengingati kembali peristiwa itu. 

Ibu mendiamkan diri,menolak ke tepi naskhah akhbar dan gelas kosong di atas meja. Anak2 yang lain membiarkan ibu menarik nafas panjang dan perlahan lahan menghembusnya.

Kata ibu, “Kerana sayang ayah jadi begitu kepada kamu semua”

Anak kedua menggelengkan kepala dan bersandar pada kerusi, diinjak sedikit kerusi supaya ada ruang selesa, “Bukankan kasih sayang itu berlembut dengan anak anak?”
Ibu sudah semakin tenang..dan melihat anak anaknya. “Pernahkah kamu semua melihat kerinduan yang tidak pernah reda apa bila kematian tiba?”


Tiga beradik melihat sesama mereka,mencari jawapan melalui renungan mereka. Hampir tidak ada sehinggalah salah seorang bersuara...
“Saya teringat ada seorang rakan sekolah yg menjadi aneh selepas ayahnya disahkan meninggal dunia kerana menghidap barah pancreas. Dia adalah ketua kelas yg sangat ramah. Setiap pagi ayahnya akan menhantarkan betul2 dihadapan pintu hadapan sekolah. Apabila pulang dari sekolah,ayahnya suka menggosok gosok kepalanya dan mencium dahinya, Saya cemburu”.
Si bongsu mengeluarkan ceritanya.

Ibu menyambung kata, dia memandang anak yg bongsu, “Ayah rakan kamu itu mempamerkan kasih sayangnya melalui caranya dan ayah kamu mempamerkan kasih sayang dengan caranya”

           “Maksudnya?” Anak sulung sudah teruja dan tertanya tanya mencari jawapan..
“Seawal perkahwinan, ketika kamu yang sulung berusia 3 tahun ayah menemani kamu bermain. Ayah kemudian berkata kepada ibu, betapa dia bimbang pergi dalam keadaan anak anak meronta sedih kerana kasih sayang yang menjadikan rasa tidak rela mengikat hati anak anaknya”. Jawab ibu dengan matanya melihat kerusi malas kegemaran ayah. 

“Sehinggalah usia kamu 7 tahun. Ayah mula bersikap tegas sehingga tersembunyi kasih sayangnya kepada kamu. Sedangkan sebelum itu dia masih menjadi rakan sepermainan kamu.”

“Ayah berbuat begitu supaya kita tidak terlalu meratapi pemergiannya. Harapan ayah apabila dia tegas,garang dan senyap sikapnya, anak anaknya menjadi biasa dengan pemergiannya yang sunyi kelak kerana itulah bayangan yg mahu diberi ketika dia ada,” Kata anak sulung..

Tiga beradik melihat kerusi malas yang mengikat pandangan ibu. Di sudut itu, kerusi tidak bergerak seperti dahulu, bayangan ayah seakan jelas muncul disitu. Kegarangan ayah adalah tinggalan kasih sayang kepada mereka. Hanya apabila difahami, barulah sikap itu member erti kepada mereka   


Sisi lain yang ditonjolkan oleh orang yang kita kasihi adakalanya menjadikan kita tidak selesa, marah, geram dan berpendapat dia tidak sepatutnya begitu. Mungkin itulah persediaan daripada dirinya kepada kita apabila sudah mula berjauhan.

-Kasih sayang yang dipamerkan melalui kebencian menjadikan ia kasih yang diingati. Semoga dirimu dapat mengingati dan diingati  :")