Pages

Jumaat, 17 Mei 2013

Dirindui tapi kita tidak peduli

Cepat tadah tangan, dan jangan lupa aminkan tau tau!

Bismillahhirohmanirrahim, segala puji bagi Allah. Kami mohon pertolonganNya dan memohon ampun kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami sendiri dan keburukan serta kecacatan amal kami. Sesiapa yang diberi petunjuk Allah maka tiada sesiapapun dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi tiada Tuhan selain Allah, kami mengEsakanNya dan tidak mempersekutukanNya. Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu rasul Allah. Ya allah, sampaikan selawat kami kepada Nabi Muhammad, salam dan kebaikan keatas nabi muhammad, keluarga serta sahabatnya

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh, salam rejab. Pada hari baik ini(Jumaat) dan bulan mohon keampunan. Dah zikir? dah istighfar? Insyaallah, di bulan baik ini jika kita zahirkan memohon keampunan dengan bersungguh sungguh Insyaallah Dia akan ampunkan. Doa banyak banyak dekat allah minta hidayah dan taufiqNya. Khidmat banyak banyak. Ikhlas. Amalkan zikir selalu :))
Insyaallah, pada catatan kali ni... Ana akan 'serikan' dengan sebuah kisah yang mungkin akan menyentuh hati kalian. Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah. dan Insyaallah.

Suatu hari semasa ana di madrasah. Seperti biasa mengikut jadual yang istiqamah, tepat jam 9:50 malam, dengan pelajar seramai 62 orang. Kami akan bentuk 3 buah kumpulan. Tahu apa kami buat?
Kami buat majlis taklim(yang paling ana suka) banyak manfaat duduk dalam majlis taklim ni. Antaranya::

 Nama kita dan nama kedua ibu bapa kita akan disebut dalam majlis para malaikat.
 Seumpama duduk didalam taman taman syurga(weee)
 Didepan,belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita yang hanya ada ialah keberkatan.

Kami buat bulatan, ditengah tengah kami ada seorang kakak yang akan menceritakan/membacakan kisah kisah para sahabat atau kisah kisah yg bermanfaat. Adab dalam majlis ni, kena duduk rapat rapat sebagaimana nabi dan para sahabat duduk dibawah sebuah pohon sehingga daun daun yang gugur tidak jatuh di atas tanah tetapi jatuh di atas riba mereka. Subhanallah, boleh bayang macam mana rapat? Sebab apa kena duduk rapat rapat? -Supaya rahmat allah tidak jatuh ke tanah/lantai tapi jatuh atas badan kita.
Al-kisah, majlis taklim pun bermula. Bibir kakak ni pun mula bersuara'....
"Ana nak ceritakan satu kisah, nak dengar tak?"*senyum*(cuba ambil perhatian kanak kanak)
siapa nak dengar angkat tangan! Janganlah ngantok lagi. tak bestlah, esok kan hari sabtu. Ngantuklah lambat sikit. Ibtisamna!('senyumlah' dalam bahasa Arab). Sunyi tadi dipecahkan dengan sikit gelak tawa kecil...


Suatu hari, Rasulullah berkumpul bersama sama para sahabat baginda. Baginda bertanya kepada sahabatnya "Wahai sahabatku, tahukah kamu siapakah dia yang mempunyai Iman yang ajaib?"

Para sahabat baginda terdiam seketika dan salah seorang dari mereka berkata "Para malaikat, ya rasulullah". Baginda menjawab "bukankah para malaikat sememangnya dicipta untuk sujud dan taat kepada Allah?" baginda menafikan jawapan sahabatnya.

"Mungkin para nabi,Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Para nabi dicipta sememangnya untuk menerima wahyu dan menyampaikan nya" jawab baginda menafikannya lagi...


"Mungkin kami Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Kamu lahir dan hidup bersama denganku,kamu melihat dan melakukan apa yang aku lakukan" jawab baginda menafikannya lagi.

"Ya rasulullah...siapakah gerangan yang memiliki iman yang ajaib itu? sungguh, kami benar benar ingin mengetahuinya" kata para sahabat lagi. 

"Mereka yang paling ajaib imannya ialah umatku yang hidup sesudah aku. Mereka beriman kepadaku,mereka mengamalkan sunnahku, mereka mencintaiku tetapi mereka tidak pernah melihatku. Mereka juga membaca dan mengamalkan isi kitabku(Alquran)."  
Rasulullah terdiam sejenak
dan menyambung kata lagi.....

"aku amat merindui umatku, aku ingin melihat mereka...."



...............Terasa dingin menegakkan bulu roma semasa telinga ana mendengar kata kata terakhir itu.....
Siapa umat baginda? KITA. ya. Kitalah...umat baginda. Taknak ke iman ajaib? tak dinafikan lagi ana dan beberapa orang teman menitis airmata, tak kurang yang tersenyum :'))
Di saat saat terakhir nafas baginda, baginda masih mengiasi bibirnya dengan menyebut 'ummati...ummati...'
~umatku....~umatku... Ana tak mahu hentikan lamunan masa tu. Terasa roh melayang.

Ya Allah, semoga dengan kisah ini dapat menyedarkan diantara mereka yang masih belum menyedari kasih sayang kekasihMu terhadap kami. Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih terhadapMu, terhadap RasulMu Ya Rahim....

Kita dirindu Allah, dirindu Rasul, dirindu ibu bapa...Tetapi, dimana rindu kita ketika itu?
Mana? yang tidak halal.
Astaghfirullah...sedarlah wahai hati. Tiada yang lebih bernilai dari itu....

Ya allah..., ampunkan aku sekiranya aku sering terlupa akan diriMu, sering terlupa akan RasulMu. Aku memang sentiasa menzalimi diri sendiri. Ampunkan aku Ya allah. Ya Rabbi, ingatkanlah aku agar aku mengingatiMu.. .