Pages

Selasa, 21 Mei 2013

Pernah rasa penat lelah abah kita bekerja? Ana pernah :')



 Assalamualaikum warrahmatullahi taala hiwabarokatuh :")
IBTISAMNA!-SENYUM!

Semoga pertemuan dalam coretan ini dirahmati, diberkati Allah. Insyaallah.
Ana nak tanyalah. Antum dan antunna tahu tak ABAH antum dan antunna kerja apa? Senang tak kerja tu?
Diorang kerja full time tak?

"Alah, abah saya kerja buruh je. Bawak kren. Angkat pasir. Senang je kot!"
"Kerja kerani je kat pejabat sekolah. Itu pun separuh hari je."
"Petani je. gaji ciput nuhaa"


Mungkin ada yang jawab begitu atau begini. Bersyukur tak kita Abah kita kerja itu, ini?
Bersyukur tak kita ayah kita gaji banyak tu dan banyak ni? Bersyukur tak kita dapat Abi yang sanggup kerja tak kira waktu? Paling penting, bersyukur tak kita Allah bagi kita ABAH, AYAH, PAPA, DADDY(ATAU APA-APA) yang sanggup berkorban, mandi peluh, letih, hanya untuk membesarkan kita? Anak mereka...



Iyalahh, dibibir kita mudahlah kita meremehkan kerja mereka. "Alah, kerja senang je. kerja tak seberapa"
Macam mana kita tahu kerja tu senang sedangkan kita belum pernah lakukan. Pernah rasa apa mereka rasa? Tak? kalau tak kenapa remehkan jasa mereka?


Nak baca cerita tak? Penuh pengajaran dan penyesalan pada ana. Insyaallah, kita mula...
Bismillah...


 Begini kisahnya, dekat satu kampung ni nama dia bukit katil. Terletaknya di melaka. Didalam kampung tu ada kawasan agak terpencil, jauh dari bandar, mungkin?  Petang sabtu yang sunyi itu penuh damai. Di kawasan terpencil tu ada sebuah madrasah nama dia Darul Ulum(tempat ana belajar). Petang sabtu tu, kami(penuntut2 ilmu agama) diarahkan oleh ustazah untuk keluar madrasah, madrasah kami agak tersorok. Terletak di belakang kilang perabot. Jadi, apa aktiviti kami buat. Orang luar susah nampak.
Petang tu, ustazah suruh kami ambil timba. Seorang 1 timba, kecuali penuntut2 kecil. Mereka disuruh beratur dari kilang. Agak panjang barisan mereka. 

Kami yang 'KAKAK KAKAK ni tahu kena buat apa? 
Ni yang seronok nak bagitahu... Hari ni pekerja yang sepatutnya kena buat kerja tu cuti. Jadi, ustazah arahkan kami jadi pengganti nya. Excited kemain lah. 6 orang KAKAK KAKAK dah siap pegang cangkul dan benda2 pengorek yang lain(taktahu apa nama benda tu).
Yang guna cangkul tu, diorang kena pecah pecahkan tanah pastu dia' jadi macam pasir pasir. Jadi, ana dan beberapa orang lagi yang pegang penyodok' kena 'angkut' pasir pasir&batu batu tu masuk dalam timba. Lepastu, kami kena angkat timba tu bawak keluar dari kilang. 
Berat macam gajah*konon*. Tapi, memang berat lah en. Dah setengah jam kami buat kerja tu, ulang alik ulang alik. Penat. Letih. Masa tu baju dah basah dengan peluh. Muka kami dah macam muka pelarian, pasir tacap kat hidung, pipi, kepala, baju. KOTOR. Hehe.
Tengah syok angkat pasir&batu yang berat sangat tu sambil ketawa dengan kawan tiba tiba
"HAFIZAH NAIMAH BINTI AHMAD KAMAL FIRDAUS!" -agak bangga ustazah panggil ana dengan nama penuh. Alahai...


"Hafizah, enti mencangkul pulak. Tukar kerja eh?"- arahan ustazah
"Arahan diterima, ustazah!"- poyo sikit mcm nak pergi perang.


Jujurnya, rasa lelah gila mencangkul tanah tu. Penat. Dah 40 minit kerja, tak dapat air lagi. Haus. tapi, seronok sangat kerja tu. Kami bajet gagah je kononnya. Rasa macam "wow. taksangka dapat buat kerja berat. Tapi, letih+lenguh+penat dan apa + apa +apa.... 



Panas yang amat masa tu, peluh tak sempat kering, keluar peluh lagi. Ada yang dah tak larat sampai tak boleh gerakkan kaki. Tangan merah merah,pedih sebab angkat benda berat. Ada yang sakit perut bahagian rahim, katanya rasa macam rahim jatuh. Masa tu kami dah takut dah. Cepat cepat bawa dia masuk madrasah, beri rawatan segera. Iyelah, perempuan kan. Tenaga kami tak cukup kuat nak buat kerja berat berat. Baiklah, kaki ana cedera masa mencangkul. Tapi, sebab nak 'main cangkul' punya pasal sanggup teruskan. Jalan terencut encut pun buat kerja jugak. Best lah wehh main korek tanah. Gali gali gali gali dan gali lagi, tiba tiba dengan izin allah ana terpandang seorang Kakak ni. Dia menangis. Berlinang airmata. Dia sedar ana nampak dia menangis, dia cepat kesat airmata dan teruskan kerja dia(gali tanah). 

Ana datang dekat dengan dia "Ukhti, kenapa nangis?ceritalah" pura pura caring.
Kakak tu pandang ana, berhenti mencangkul. "Ana menyesal lah enti."
"Kenapa pulak menyesal? sebab apa?" ana nak tahu lebih.

"Dulu, masa arwah ayah ada lagi ana selalu perlekeh kerja dia. Dia kerja macam kerja yang kita buat sekarang ni. Ana selalu lawan cakap dia. Arwah ayah ana selalu ingatkan ana

 ''Kak long.. ayah kerja penat penat nak besarkan kak long. Kaklong belajar lah rajin rajin. jangan buat masalah dekat sekolah, nanti belajar tak tenang. Ayah tak suka kaklong nakal dekat sekolah. Ponteng sekolah, lawan cikgu. Belajar lah rajin rajin, nanti dah besar boleh dapat kerja bagus bagus. hidup pun senang.'' 

Tapi, ana selalu lawan balik cakap ayah, ana kata pada dia 

"Alah, ayah pun kerja tak seberapa. Bawak pasir je, apelah sangat. Pastu ayah nak suruh kitorang belajar rajin rajin. Duit belanja sekolah pun bagi tak cukup! macam mana kaklong nak belajar? Yuran sekolah pun tangguh tangguh bayar. Malu lah ayah...ayah pulak asyik sakit sakit badan lepastu tak kerja. Baru angkat pasir dan lenguh sana sini. Asyik mc je, dah tu bos potong gaji"

ana tahu ayah terguris sangat sangat dengan apa yang ana cakap tu. Sebab dia terdiam lama. Esoknya ayah sakit... lama ayah sakit. 3 minggu lepas tu ayah meninggalkan kami sekeluarga.
Ana sedih sebab tak sempat minta ampun pada ayah. Sekarang ana rasa apa yang arwah ayah rasa. Penatnya...Allah bagi ana rasa apa yang ayah rasa. Ana menyesal sangat. Ana tak bersyukur dapat ayah yang sanggup kerja berat berat nak besarkan kami adik beradik. Macam mana agaknya ana nak tebus balik dosa ana pada arwah ayah?" kakak tu menangis lagi. 
Ana pun dah nak menangis, sebab satu masa dulu ana pernah merungut dekat mama tentang pekerjaan abah. Menyesal...tapi, ana belum terlambat. 

Ana harap kisah tadi dapat bagi pengajaran buat antum dan antunna sekalian. Kenang balik jasa ABAH, AYAH, DADDY, PAPA, ABI, WALID anda. Jangan bila mereka sudah tiada baru kita menyesal.

Masa kita baru keluar dari perut ibu, siapa yang azankan? dengan izin allah ABAH juga yang azankan...
Masa kita bayi, siapa yang tanggung susu,nestum,lampin kita? dengan izin allah, AYAH juga yang tanggung...
Masa kita bersekolah tadika, petang petang kita main buaian dekat taman, siapa yang hayunkan buaian? PAPA yang tolong hayunkan....
Masa kita dah sekolah rendah, siapa tanggung yuran sekolah,pakaian, kasut, beg,peralatan sekolah, buku tulis kita? Insyaallah ABI juga yang tanggung...





Kita dah makin membesar dan matang, kenapa kita lupa jasa mereka? Jasa para bapa...
Kenapa?Mengapa? dan bagaimana kita boleh lupa? Insaflah....Hargai mereka semasa ADA.
Hilangnya mereka tiada yang ganti.


Semoga tulisan ikhlas yang datang dari hati akan jatuh ke hati, Insyaallah 


  HafizahNaimah.

 

Jumaat, 17 Mei 2013

Dirindui tapi kita tidak peduli

Cepat tadah tangan, dan jangan lupa aminkan tau tau!

Bismillahhirohmanirrahim, segala puji bagi Allah. Kami mohon pertolonganNya dan memohon ampun kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami sendiri dan keburukan serta kecacatan amal kami. Sesiapa yang diberi petunjuk Allah maka tiada sesiapapun dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi tiada Tuhan selain Allah, kami mengEsakanNya dan tidak mempersekutukanNya. Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu rasul Allah. Ya allah, sampaikan selawat kami kepada Nabi Muhammad, salam dan kebaikan keatas nabi muhammad, keluarga serta sahabatnya

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh, salam rejab. Pada hari baik ini(Jumaat) dan bulan mohon keampunan. Dah zikir? dah istighfar? Insyaallah, di bulan baik ini jika kita zahirkan memohon keampunan dengan bersungguh sungguh Insyaallah Dia akan ampunkan. Doa banyak banyak dekat allah minta hidayah dan taufiqNya. Khidmat banyak banyak. Ikhlas. Amalkan zikir selalu :))
Insyaallah, pada catatan kali ni... Ana akan 'serikan' dengan sebuah kisah yang mungkin akan menyentuh hati kalian. Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah. dan Insyaallah.

Suatu hari semasa ana di madrasah. Seperti biasa mengikut jadual yang istiqamah, tepat jam 9:50 malam, dengan pelajar seramai 62 orang. Kami akan bentuk 3 buah kumpulan. Tahu apa kami buat?
Kami buat majlis taklim(yang paling ana suka) banyak manfaat duduk dalam majlis taklim ni. Antaranya::

 Nama kita dan nama kedua ibu bapa kita akan disebut dalam majlis para malaikat.
 Seumpama duduk didalam taman taman syurga(weee)
 Didepan,belakang, kiri, kanan, atas dan bawah kita yang hanya ada ialah keberkatan.

Kami buat bulatan, ditengah tengah kami ada seorang kakak yang akan menceritakan/membacakan kisah kisah para sahabat atau kisah kisah yg bermanfaat. Adab dalam majlis ni, kena duduk rapat rapat sebagaimana nabi dan para sahabat duduk dibawah sebuah pohon sehingga daun daun yang gugur tidak jatuh di atas tanah tetapi jatuh di atas riba mereka. Subhanallah, boleh bayang macam mana rapat? Sebab apa kena duduk rapat rapat? -Supaya rahmat allah tidak jatuh ke tanah/lantai tapi jatuh atas badan kita.
Al-kisah, majlis taklim pun bermula. Bibir kakak ni pun mula bersuara'....
"Ana nak ceritakan satu kisah, nak dengar tak?"*senyum*(cuba ambil perhatian kanak kanak)
siapa nak dengar angkat tangan! Janganlah ngantok lagi. tak bestlah, esok kan hari sabtu. Ngantuklah lambat sikit. Ibtisamna!('senyumlah' dalam bahasa Arab). Sunyi tadi dipecahkan dengan sikit gelak tawa kecil...


Suatu hari, Rasulullah berkumpul bersama sama para sahabat baginda. Baginda bertanya kepada sahabatnya "Wahai sahabatku, tahukah kamu siapakah dia yang mempunyai Iman yang ajaib?"

Para sahabat baginda terdiam seketika dan salah seorang dari mereka berkata "Para malaikat, ya rasulullah". Baginda menjawab "bukankah para malaikat sememangnya dicipta untuk sujud dan taat kepada Allah?" baginda menafikan jawapan sahabatnya.

"Mungkin para nabi,Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Para nabi dicipta sememangnya untuk menerima wahyu dan menyampaikan nya" jawab baginda menafikannya lagi...


"Mungkin kami Ya rasulullah" mereka menjawab lagi. "Kamu lahir dan hidup bersama denganku,kamu melihat dan melakukan apa yang aku lakukan" jawab baginda menafikannya lagi.

"Ya rasulullah...siapakah gerangan yang memiliki iman yang ajaib itu? sungguh, kami benar benar ingin mengetahuinya" kata para sahabat lagi. 

"Mereka yang paling ajaib imannya ialah umatku yang hidup sesudah aku. Mereka beriman kepadaku,mereka mengamalkan sunnahku, mereka mencintaiku tetapi mereka tidak pernah melihatku. Mereka juga membaca dan mengamalkan isi kitabku(Alquran)."  
Rasulullah terdiam sejenak
dan menyambung kata lagi.....

"aku amat merindui umatku, aku ingin melihat mereka...."



...............Terasa dingin menegakkan bulu roma semasa telinga ana mendengar kata kata terakhir itu.....
Siapa umat baginda? KITA. ya. Kitalah...umat baginda. Taknak ke iman ajaib? tak dinafikan lagi ana dan beberapa orang teman menitis airmata, tak kurang yang tersenyum :'))
Di saat saat terakhir nafas baginda, baginda masih mengiasi bibirnya dengan menyebut 'ummati...ummati...'
~umatku....~umatku... Ana tak mahu hentikan lamunan masa tu. Terasa roh melayang.

Ya Allah, semoga dengan kisah ini dapat menyedarkan diantara mereka yang masih belum menyedari kasih sayang kekasihMu terhadap kami. Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih terhadapMu, terhadap RasulMu Ya Rahim....

Kita dirindu Allah, dirindu Rasul, dirindu ibu bapa...Tetapi, dimana rindu kita ketika itu?
Mana? yang tidak halal.
Astaghfirullah...sedarlah wahai hati. Tiada yang lebih bernilai dari itu....

Ya allah..., ampunkan aku sekiranya aku sering terlupa akan diriMu, sering terlupa akan RasulMu. Aku memang sentiasa menzalimi diri sendiri. Ampunkan aku Ya allah. Ya Rabbi, ingatkanlah aku agar aku mengingatiMu.. .

Khamis, 14 Februari 2013

"Ayah kami harimau jadian..."


Tiada sesiapa gemar duduk disebelahnya.
Wajahnya tidak bengis tetapi perwatakan yang dibawanya cukup berbeza. Sekiranya diceritakan kepada orang, belum tentu dipercaya. Bagaimana seorang lelaki dapat berbeza karakter didalam dan diluar rumah?

Di rumah dia adalah seorang ayah yang digeruni anak anak. Di luar rumah dia disenangi rakan2 kerana sikap ramahnya. Aneh bukan? Tetapi itulah ayah…
Pernah jiran di sebelah rumah datang menziarah. Kediamannya adalah rumah pangsa 4 tingkat. Mereka menetap hanya sementara waktu. Rumah pangsa itu hanya ada 8 blok.

Tidak ada yang bergelar bujang melainkan yang berkeluarga. Itu adalah peraturan bagi menetap di rumah pangsa kakitangan kerajaan.
Pada suatu hari, ayah diziarahi jiran sebelah rumah.Jiran selalu berasa aneh dengan keadaan rumah ayah.

Bertanya jiran kepada ayah “di mana anak anak kamu?” Jawab ayah “Mereka ada. Tidak kemana mana pun”
Jiran melihat di ruang tamu,menjeling ke meja makan, dan memerhati laluan ke bilik.Tidak adaseorang anak pun yang dimaksudkan ayah.


Anak anak ayah ada di rumah. Cuma mereka tidak bermain diruang tamu, duduk menonton televisyen, ataupun berada di dapur mencari makanan bagi mengalas perut pada waktu petang.Semuanya berada di satu tempat, iaitu dibilik mereka.
Anak yang sulung merungut “Ayah garang,apabila kita mahu meminta sesuatu, pasti mata tajamnya akan melihat kita.Sehinggakan kami rasa apa yg kita mahu seperti salah untuk kita memintanya”

Rungutan anak sulung disokong oleh anak kedua “Betul kata kamu. Bayangkan,kerana 1 mata pelajaran sahaja yang corot dalam ujian, ditariknya bauk sampai merah kulit”. Sambil menggosok gosok bulu yg tumbuh pada pipi di hadapan telinganya.

Si bongsu mengingati cubitan dan rotan si ayah apabila gelas yg dibawanya terketuk di didinding yang memisahkan ruang meja makan dan dapur.Gelas itu jadi sumbing dan tidak dapat digunakan lagi.

Kemudian si bongsu bercerita, “Ayah marah melihat gelas yg sumbing itu. Terus sahaja ayah datang dan mencubit lengan berkali kali.Gelas yang sumbing itu terlepas dari tangan kerana menahan cubitan ayah.Bertambah pula marah ayah pada saya”.
Ketiga tiga beradik ini buntu memikirkan mengapa sikap ayah begitu. Mereka takut setiap satu perkara yang dilakukan mendatangkan amarah ayah lagi. Lebih baik mereka menjauhkan diri. Masing2 mendiamkan diri sahaja dan tidak berbual dengan ayah.

“Ayah kawan2 kita tidak bersikap begitu. Mudah diajak berbual dan ketawa. Berbeza dibandingkan dengan ayah kita” Anak sulung mengeluh mngenangkan ruginya mempunyai ayah seperti sekarang.

Bertahun tahun mereka hidup dalam ketakutan. Takut berbuat kesalahan. Mereka menginjak dewasa dengan perasaan kpd ayah yg berbeza. Ketakutan semasa kecil menjadi sikap tidak peduli ketika dewasa. Tidak peduli bertukar m’jadi kejauhan yg menjadikan mereka selesa berdikari sendiri.

Anak sulung sudah bekerja dan sudah berumahtangga.Manakala 2 lagi belum berkahwin. Seminggu sekali anak sulung akan pulang ke rumah. Tidak peduli itu tidaklah b’maksud tidak bertanya khabar kepada keluarga. Tidak peduli pada ketiga beradik itu adalah kurang bercerita perihal diri mereka kepada ayah di rumah. Melainkan dengan ibu,rancak mereka berbual mesra.

Malam bulan Disember pada satu tahun, 3 beradik masing masing mendapat berita ayah yang garang sudah tidak garang lagi. Kegarangan ayah hanya akan menjadi cerita berbual sesama mereka. Ayah sudah tidak ada lagi.

Malam itu, mereka bersama ibu di beranda rumah. Suasana rumah berlima sudah jadi berempat. Anak yang sulung menggosok gosok belakang tubuh ibu supaya ibu menenangkan diri. Dia cuba bergurau “Ayah dahulu orangnya pun sunyi sahaja, kurang bercakap.Sama sahaja, kan?”
Ibu menggeleng.

Anak kedua berasa hairan. “Ayah rancak bercakap?Tidak pernah pun kami berbual dengan ayah. Apa yg saya tahu, perkataan paling kerap kami sebut adalah meminta tandatangan kad keputusan peperiksaan”

Si bongsu mengangguk, “Ayah, ini kad laporan ujian. Cikgu mahukan tandatangan penjaga.. Ayah, minggu ini perlu selesaikan yuran semester. Ayah…” Satu persatu ayat yang pernah disebut kepada ayah diulang kembali.

Anak sulung memandang ibunya, lama benar dia mahu bertanya “Mengapa ayah begitu garang kepada anak2 nya sendiri? Ayah orang lain kelihatan lebih mesra dengan anak anak?”

“Ayah kamu harimau jadiankah? Itu soalan yg diajukan rakan sekelas saya apabila saya pernah dimarahi oleh ayah kerana lambat keluar kereta”. Kata sibongsu mengingati kembali peristiwa itu. 

Ibu mendiamkan diri,menolak ke tepi naskhah akhbar dan gelas kosong di atas meja. Anak2 yang lain membiarkan ibu menarik nafas panjang dan perlahan lahan menghembusnya.

Kata ibu, “Kerana sayang ayah jadi begitu kepada kamu semua”

Anak kedua menggelengkan kepala dan bersandar pada kerusi, diinjak sedikit kerusi supaya ada ruang selesa, “Bukankan kasih sayang itu berlembut dengan anak anak?”
Ibu sudah semakin tenang..dan melihat anak anaknya. “Pernahkah kamu semua melihat kerinduan yang tidak pernah reda apa bila kematian tiba?”


Tiga beradik melihat sesama mereka,mencari jawapan melalui renungan mereka. Hampir tidak ada sehinggalah salah seorang bersuara...
“Saya teringat ada seorang rakan sekolah yg menjadi aneh selepas ayahnya disahkan meninggal dunia kerana menghidap barah pancreas. Dia adalah ketua kelas yg sangat ramah. Setiap pagi ayahnya akan menhantarkan betul2 dihadapan pintu hadapan sekolah. Apabila pulang dari sekolah,ayahnya suka menggosok gosok kepalanya dan mencium dahinya, Saya cemburu”.
Si bongsu mengeluarkan ceritanya.

Ibu menyambung kata, dia memandang anak yg bongsu, “Ayah rakan kamu itu mempamerkan kasih sayangnya melalui caranya dan ayah kamu mempamerkan kasih sayang dengan caranya”

           “Maksudnya?” Anak sulung sudah teruja dan tertanya tanya mencari jawapan..
“Seawal perkahwinan, ketika kamu yang sulung berusia 3 tahun ayah menemani kamu bermain. Ayah kemudian berkata kepada ibu, betapa dia bimbang pergi dalam keadaan anak anak meronta sedih kerana kasih sayang yang menjadikan rasa tidak rela mengikat hati anak anaknya”. Jawab ibu dengan matanya melihat kerusi malas kegemaran ayah. 

“Sehinggalah usia kamu 7 tahun. Ayah mula bersikap tegas sehingga tersembunyi kasih sayangnya kepada kamu. Sedangkan sebelum itu dia masih menjadi rakan sepermainan kamu.”

“Ayah berbuat begitu supaya kita tidak terlalu meratapi pemergiannya. Harapan ayah apabila dia tegas,garang dan senyap sikapnya, anak anaknya menjadi biasa dengan pemergiannya yang sunyi kelak kerana itulah bayangan yg mahu diberi ketika dia ada,” Kata anak sulung..

Tiga beradik melihat kerusi malas yang mengikat pandangan ibu. Di sudut itu, kerusi tidak bergerak seperti dahulu, bayangan ayah seakan jelas muncul disitu. Kegarangan ayah adalah tinggalan kasih sayang kepada mereka. Hanya apabila difahami, barulah sikap itu member erti kepada mereka   


Sisi lain yang ditonjolkan oleh orang yang kita kasihi adakalanya menjadikan kita tidak selesa, marah, geram dan berpendapat dia tidak sepatutnya begitu. Mungkin itulah persediaan daripada dirinya kepada kita apabila sudah mula berjauhan.

-Kasih sayang yang dipamerkan melalui kebencian menjadikan ia kasih yang diingati. Semoga dirimu dapat mengingati dan diingati  :")   





Sabtu, 29 September 2012

KeranaMu aku berubah......

Ku cuba sandarkan jiwa hanya pada Allah :'')

Assalamualaikum.... kepada yang sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni  
Saya tak tahu nak mula macam mana tapi apa apa pun Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana menjadikan 'aku antara insan terpilih' kembali padaNya :'') Dia memanggil... senangnya hati ini diselubungi ketenangan hati. Tidak seperti dahulu , bila direnung kembali siapa aku yang dahulu... Sedihnya, hidup bagai tiada langsung hala tuju .
"Ya, aku tahu aku hamba Allah tapi aku TAK SEDAR aku hamba Allah." Ayat penulis -Pahrol Mohd Juoi- Hehe, iyelah.. Kita tahu kita hamba allah tapi tetap langgar perintahNya , bukan? Ya, zalim sangat aku masa tu. TAK SEDAR DIRI , Ikutkan hati dulu nak tangguhkan taubat*nak enjoy life kononnya* tapi dalam fikiran tu"Aku taktahu bila aku mati, sempat ke aku taubat kalau tangguh2?"

Ya Allah, aku mohon limpahan cintu-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta amal “perbuatan” yang menghantarkan diriku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlan kecintaanku kepada-Mu melebihi cintaku pada diriku sendiri dan keluargaku. Biarlah cintaku padaMu melebihi segala galanya yang ada di dunia 

Allah itu maha penyayang, Maha pengasih, Walau besar lautan sekalipun dosa kita, Bertaubatlah , InsyaAllah akan terhapus segala dosa kerana Allah itu Maha pengampun. Kerana cintakan 'kita'(hambaNya) Allah biarkan kita lahir ke dunia.... Bukan untuk suruh kita jatuh terjerumus ke dalam neraka , Tetapi...Allah jadikan kita supaya kita berusaha keras memburu syurgaNya yang kekal abadi .
Nikmat dunia memang tak habis dikejar, biarkan dunia berlari... Sudah tiba masanya kita untuk berjalan perlahan untuk mengutip amalan yang tertinggal . Buang debu debu kotor yang melekat dibadan, di hati supaya tak menjadi beban di padang Mahsyar nanti....  

Cuba topup mana yang lompong, Insyaallah dalam persiapan menemu Dia, sekaligus melakukan perubahan menjadi 'BAIK' , ALLAH menghantar seseorang untuk ada disisi. Tapi, rasanya dalam kisah aku nie...  Allah dah hantar banyak sangat nikmat yang membantu, Tangan dan kaki yang bergerak , lidah yang menyampaikan , telinga yang mendengar , Mata yang melihat , Hidung yang menghembuskan nafas... Tanpa nikmat nikmat ini, mungkin aku tidak mampu lakukan . Nikmat Allah beri tu tak terkira sehingga Dia berikan aku sahabat yang mendampingi aku berpimpin tangan menujuNya. Awal awal perubahan ternyata memang payah, aku mengaku masa tu aku memang tak berapa kuat . Kawan kawan rapat macam pulaukan aku sikit, tapi... Allah kurniakan akal untuk aku perbaiki balik UkhwahFillah ini, dan sekarang...walaupun masih 'terumbang ambing' akan aku teruskan perjuangan penuh manis ini :'')
Sedang diri sibuk meng'updated tulisan di blog ini... Hati tiba tiba terindu dekat akak akak yang dah macam kakak saya :'') Teringat kenangan bersama. Pertama, Akak Najihah , Akak Syiqin Ma'rof , Akak Khairun Saadah dengan akak Dini . Maaflah, termention nama korang pula dekat sini , Hehe . Memang betul , rindu sangat sangat dekat akak akak semua  
Buat akak Najihah, saya sayang sangat dekat akak . Ukhwah itu indah bila kita bertemu dan berpisah kerana Allah . Dengan ini saya mahu selitkan paparan bernyawa di blog ini tanda saya cintakan UkhwahFillah ini 
Masa sambutan hari raya, tengah usyar usyar gambar. Rindu rasa nak peluk kuat kuat 


Sebelum kukenal diri ini, belum pernah aku rasa kebahagiaan yang manis macam ni.. Aku sayang diri aku yang sekarang :'') Aku sayang apa yang aku ada sekarang, Ya Allah..... ketenangan ini yang ku mahu sedari dulu. Alhamdulillah untuk segalanya 
 

Jika masa beredar terlalu pantas biarlah aku berlalu dengan tangisanku memohon keampunan kepadaMu . Sesungguhnya seluruh jiwa ragaku terpatri hanya kepadaMu Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim... 


Khamis, 2 Ogos 2012

Pantasnya Ramadhan berlalu ~

Bismillahhirrohmanirahim  
Assalamualaikum WarrahmatullahHiwabarokatuh sayang  
Syukur ke Hadrat Ilahi , saya masih mampu menaip di ruangan ini Dan bersyukur sekali
lagi sebab Allah masih beri saya bernafas untuk menjalani Ibadah puasa bersama sama ahli ahli keluarga ,
Para sahabat yang lain pada bulan yang penuh Barakah ini , Alhamdulillah  
Malam yang sunyi ini , saya keseorangan menaip dengan penuh kerisauan , khawatir , Takut , gementar .
Sebab apa? Tadi ada terbaca status dekat Fb ni

" Eh, tak sangka masuk hari ni dah 12 hari kita berpuasa . Tak sabar nak raya . 
Cepatnya masa berlalu , setahun rasa macam sebulan je "


Ayat itulah yang menimbulkan kerisauan teramat , dulu saya pernah terbaca dekat satu buku yang saya
jumpa dekat rumah nenek , dekat buku tu ada tulis salah satu tanda kecil kiamat Bila kita rasa
"Setahun seperti sebulan , sebulan seperti seminggu , seminggu seperti sehari , sehari rasa macam sejam
, satu jam rasa macam 1 minit" 
Orang sekeliling saya dengan gembira "Cepatnya dah nak raya!"
Tapi , tidak bagi saya .. Ramadhan tahun ini terlalu pantas , Adakah ramadhan memang mahu cepat berlalu
pergi atau Kami yang lalai atau tak perasan pantas nya waktu berlalu ?
Sepetang tadi saya ada bincangkan pasal ni dengan kawan kawan
K1 : Cepat betul dah nak raya . Kalau masa tu cepat berlalu , itu bukan tanda2 kecil kiamat ke?
K2 : Pernah jugak dengar pasal tu , Tapi taktahu pulak kalau betul . Kalau kiamat cepat macam mana?
K3 : Kita taktahu cepat atau lambat berlakunya Hari kiamat , Tapi yang pasti hari akhir dunia tu pasti berlaku , Itu janji allah . 
K2 : Hm , takut . Rasa rasa nya bila ? Tahun ni ke ? Dah banyak petanda dah .
K3 : Kalau takut jomlah start dari sekarang kita banyak banyak kan amal   

Itu antara apa yang kami bualkan di sekolah tadi :') Serta merta perbualan tu dah pun menyedarkan kami .
Lepas perbualan tadi , segera aku istighfar .. Aku banyak buat dosa , Malam ini .. ketenangan bercampur sedikit keresahan . Banyak kali aku bertanya dengan diri sendiri "adakah cukup amal aku bila menghadap Allah nanti ? Mampukah aku meraih Redha Nya ? terkadang aku tak mampu mengawal diri sebab 
terpengaruh Hal duniawi . Mampu ?"
Duduk memeluk diri , sepi dengan alunan muzik dari Radio Ikim .. Termenung aku sendiri , sepi ku di
temani lagu 'Muhasabah cinta' .  Airmata pantas mengalir dengan rasa rendah diri memandang keliling bilik .
Aku kesat airmata . Aku tanya bermacam soalan pada diri aku . "Bersediakah aku nanti menghadap Ilahi? dengan amal yang tak seberapa , layakkah aku?
Tapi , entah kenapa badan aku macam dapat semangat baru mengajak diri supaya diperbetulkan .
Mentarbiyah diri . . Aku cuba sedaya yang mampu , alang alang aku tengah berada di jalan perbaiki diri :')

 Duduk aku sendirian , kertas dan pen terselit di tangan .
Berapa banyak kebaikan aku buat ? (X)
Apa yang lemah tentang aku ?  Pantas tangan menulis kelemahan diri , keburukan , kesalahan .
Aku padam satu persatu sambil beristighfar berharap boleh perbaiki lagi :'')
Dari situ aku ..
" Belajar BERSYUKUR ..
 Belajar IKHLAS walaupun TAK RELA
 Belajar TAAT walau PAYAH
 Belajar MEMAHAMI walaupun TAK SEHATI  '



"Ya Allah , ku serahkan hatiku padaMu agar kau peliharanya sebaik mungkin :') Aku disini mencari dan 
menanti HidayahMu Ya allah"
Aku harapkan ramadhan Tahun ini adalah ramadhan yang penuh makna untuk diri aku dan Umat islam 
yang lain :') 
 Topik aku kali ini agak bercampur , banyak yang aku nak cerita Tapi .. mungkin belum 
 masanya :') 

Selasa, 2 Ogos 2011

< Kisah Sedih Seorang Ibu >

 Bismillah hirrahmanirrahim ..

          Ini kisah sedih seorang ibu . Takkan ada seorang pun di dunia ini dapat menggantikan tmpat
seseorang ibu . Ni cerita lama , kawan aku yg share2 kat aku .. jadi , aku jugak akan share kat korang , hayatilah ..

  Cerita ini dalam bentuk luahan hati seorang anak yg kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain
  kederhakaan terhadap ibunya .

       Cerita si anak ......

                                Ibuku buta sebelah mata .. aku benci ibuku ! dia amat memalukan ku !
            Tugas harian dia adalah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami .

Suatu hari semasa di sekolah rndah , ibuku datang ke sekolah untuk bertanyakan sesuatu kepadaku ..
 Aku sungguh malu . Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku ?? Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci dan terus lari.

                                 Keesokan harinya , semasa berada di sekolah .. salah seorang temanku berkata
        "eeee ! ibumu hanya ada sebelah mata !" teman2 lain mentertawakan aku . aku sungguh malu .
Ketika itu .. aku merasa , aku mahu ibuku hilang dari hidup ku !

  Apabila pulang kerumah , aku memarahi ibuku .. "Jika engkau hnya mahu menjadikanku bahan ketawa , lebih baik kau mati saja !"
Ibuku hanya diam mendengar aku menengking nya ..
Aku tidak berfikir atas apa yg aku lakukan , aku begitu benci dan marah kepada ibuku ..

              Mulai hari itu , aku berazam mahu belajar bersungguh-sungguh dan nekad untuk pergi meninggalkan ibuku .
Impianku menjadi kenyataan , aku menyambung pelajaran ke luar negara , aku terus berkhawin . Aku tidak pernah pulang ke rumah ibuku .
Setelah beberapa tahun ..
Ibuku datang menziarahiku di rumah ,
Sudah lama dia tidak bertemuku dan tidak pernah melihat cucunya .
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku , anakku mentertawakan nya ..
Aku menjerit kepada nya "SANGGUP KAU DATANG KESINI SEMATA-MATA UNTUK MENAKUTKAN ANAKKU ! PERGI DARI SINI , SEKARANG !"

pantas ibuku menjawab " maaf , saya tersalah alamat " dan terus menghilangkan diri .

Suatu hari .. surat2 perjumpaan pelajar2 lama telah sampai di rumah ibuku , aku datang untuk melihat , aku melihat rumah ibuku sangat usang .. Ibuku tiada di rumah . Jadi .. aku hanya pergi meninggalkan tempat itu .. aku datang hnya untuk mengambil surat perjumpaan .

Selepas menjalani sesi perjumpaan bersama rakan2 ku . Aku datang sekali lagi kerumah ibuku untuk menjenguk keadaan rumah ibuku . Mana tahu yg rosak boleh dibaiki .
Sampai di sana .. ibuku tiada di rumah . Lama aku menunggu , kelibat ibuku tak kelihatan .
Selang beberapa minit .. jiranku memberitahuku ... bahawa ibuku telah meninggal dunia , aku hanya tersenyum . Tanpa menitiskan airmata .
Jiran itu telah menyerahkan ku sepucuk surat dari ibuku yg ingin aku membaca nya .

                " anakku yg dikasihi , ibu selalu teringatkanmu setiap masa ..
            ibu meminta maaf kerana datang ke rumah mu dan telah menakutkan anakmu ..
             Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar2 lama ..
              Tetapi , ibu mungkin tidak dapat bangun berjumpa dgn mu ..
            Ibu meminta maaf kerana sentiasa memalukanmu semasa kamu sedang membesar..
            Kamu mungkin tidak tahu ..Semasa kamu kecil , kamu telah mengalami kemalangan
            sehingga menyebabkan sebelah matamu buta , sebagai ibu .. aku tidak sanggup melihat anak ku      membesar dengan mata yg buta . Oleh itu .. aku memberikan sebelah mataku kepada mu ..
     aku berbangga kerana anak lelaki ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu .
                                          Dengan kasihku pada mu ..
                                    IBUMU ..."

SABDA RASULULLAH S.A.W :
dia memberitahu kamu supaya taat kepada ALLAH dan RASULNYA sentiasa . Selepas itu , taatlah kepada ibumu , kemudian ibumu , kemudian ibumu , dan kemudian ayahmu "

   Demikian lah kisah seorang ibu yg sanggup berkorban untuk membesarkan anak nya dengan memberi sebelah matanya .
Tapi sayang .. anak nya membenci nya .
Ambillah iktibar dari cerita ini , kerana mengikut kata orang kebenaran cerita ini 80% . ia mungkin menyentuh hati dan perasaan    
Sayangi lah ibu anda selagi mereka ada di dunia ini ..    

                                                             

Rabu, 15 Jun 2011

Doa Pelembut Hati :)

    Assalamualaikum semua .. untuk hari ni sy akn beritahu cara2 melembutkan hati dgn berdoa ..
Ini diaa ... !


Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Bacalah :

Surah AL-FATIHAH ..

Baca ayt di bawah

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir ( pengakhiran nya pandai2 tambah )


Baca ayt 1-5 Surah Taha .


Kemudian , baca ayt pelembut hati dibawah :


“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”


Kemudian tiupkan ke air ..


Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.


* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri *